Setakat kini, pasaran tak ada masalah. Maka janganlah bimbang. Pemintaan melebihi pengeluaran sekarang....
CPE Niaga adalah Syarikat Bumiputra Muslim yang mengusahakan penanaman cendawan tiram kelabu yang beroperasi di Kg Muda Jaya, Pagoh, Johor. Perusahaan ini sudah bermula sejak 2006 oleh Haji Mohamad Arip bin Yahya secara berskala kecil dan kemudian dimbil alih oleh anak-anak beliau, Azarudin & Azian Mohamad Arip semenjak Julai 2013. Pada Nov2013, CPE Niaga didaftarkan secara rasmi. Semoga usaha ini diberkati Allah.
Sunday, 16 March 2014
Proses Pembungkusan Cendawan
Pembungkusan bergantung kepada pelanggan. Ada yang nak dalam plastik, ada yang nak dalam polistren dan ada yang nak dalam plastik besar biasa sahaja. Bagi CPE Niaga, >80% cendawan kami dihantar kepada pemborong. Selebihnya dihantar di sekitar bandar Pagoh dan bandar Muar.
Untuk diedarkan di pasaraya sekitar.
Pembungkusan secara manual. Kaedah pembungkusan akan perlu diperbaiki lagi.
Lagi satu cara pembungkusan.
Ada pelanggan cuma nak dalam beg plastik biasa sahaja. Ini memudahan proses penghantaran.
Proses Tuaian cendawan
Selepas benih matang (45-60 hari), sekarang masanya untuk menuai. Ada berapa langkah yang perlu diambil sebelum menuai pada kali pertama yang akan dikongsikan semasa kursus tanaman cendawan kelak.
Kebiasaanya selepas memetik, cendawan diletakkan ke dalam bakul yang disediakan.
CFO CPE Niaga
CEO CPE Niaga, kalau nak "Ini Kali lah..." (tak ada kaitan di antara yg hidup dengan yg mati ;-) )
Pandangan cendawan dari bawah ke atas...jelas nampak insang cendawan..
"Dah boleh petik ni..."
Kalau cuti sekolah, anak2 turut membantu...
Proses Mengenalpasti Abnormaliti bungkah cendawan
Pemeriksaan mesti dilakukan setiap hari bagi memastikan tidak ada bungkah yang rosak dan terkena penyakit. Jika terjumpa, bungkah mestilah diasingkan samada untuk dirawat atau dimusnahkan.
Ini salah satu penyakit yang biasa dihadapi oleh bungkah cendawan, kulat oren namanya. Cara yang terbaik masukkan ke dalam plastik hitam dengan hati-hati agar spora oren tidak beterbangan dan merebak ke bungkah bersebelahan. Kalau nak lebih hati-hati, ambil kain basah dan tutupi bungkah sebelum mengangkat dan dimasukkan ke dalam plastik hitam untuk pelupusan. Spora akan melekat ke atas permukaan kain yg lembab dengan mudah.
Kulat hitam adalah salah satu penyakit cedawan. Jangan tunggu lama-lama, musnahkan dengan segera.
Kulat hijau. Ini satu lagi penyakit yang biasa dihadapi oleh penanam cendawan. Musnahkan!
Proses Mengawal Suhu dan Kelembapan Bangsal sebelum tuaian
Untuk memastikan suhu dan kelembapan pada tahap optimum, beberapa aktiviti pantauan perlu dilakukan bagi memastikan ia dapat dikekalkan. Suhu mestilah di antara 25-30 darjah celsius dan kelembapan di antara 80-85%. Oleh itu jangkasuhu dan alat ukur kelembapan diperlukan.
In progress
In progress
Proses Pengeraman Benih Cendawan
Selepas selesai proses suntikan benih, bungkah cendawan mestilah dipindahkan ke bangsal untuk proses pengeraman atau proses untuk menggalakan pertumbuhan mesilium. (bewarna putih)
Bungkah cendawan yang sudah disusun di atas rak bangsal. Dapat dilihat mesilium mula merebak.
Mesilium sudah hampir penuh.
Pandangan bungkah cendawan yang sudah hampir matang.
Proses Penyuntikan Benih Cendawan
Selepas proses pengukusan selesai dan suhu bungkah sudah turun sehingga suhu bilik, proses penyuntikan akan dimulakan.
Gambar di atas menunjukkan benih-benih cendawan yang sudah sedia untuk digunakan.
Kebersihan adalah menjadi kemestian semasa proses suntikan cendawan untuk mengelakkan jangkitan penyakit. Pakaian tertentu digunakan untuk proses ini.
Proses suntikan atau memasukkan benih dilakukan dengan hati-hati. agar tidak ada jangkitan bakteria atau serangga.
Benih cendawan yang masih belum dihancurkan ke bentuk lebih kecil.
Proses Bangging (bungkusan) bungkah cendawan
Proses membuat bungkah bermula dengan campuran 3 komponen utama. HABUK PAPAN + DEDAK PADI + KAPUR PERTANIAN dengan nisbah 100:10:1.
Habuk papan selalunya dari pokok kayu getah.
Setelah campuran dibuat, ia perlu diadun supaya rata. Ada 2 cara samada secara manual atau secara menggunakan mesin mixer seperti gambar di atas.
Biasanya kapur dicampurkan setelah habuk papan dan dedak padi. Komponen terakhir adalah air. Campuran air agak subjektif kerana ia memerlukan deria rasa (kelembapan). Jumlah air yg digunakan tidak sama kerana ia bergantung dengan kelembapan habuk papan.
Kelembapan campuran perlu diperiksa.
Campuran media dikeluarkan dari mixer...
Saturday, 15 March 2014
Photo-photo sekitar Mac 2014
Cuaca dengan panas melampau begitu menguji keimanan seseorang. Suhu purata >32deg and kelembapan <50% memberi kesan kepada mutu cendawan yang dihasilkan...penurunan suhu secara manual diperlukan...
Pagi2 dah kena bangun memetik cendawan. Kalau lambat cendawan akan oversize, tak sesuai untuk jual di pasar
Photo-photo Sekitar Feb 2014
Semenjak pekerja Indo berhenti kerja, semuanya kena buat sendiri. Persediaan untuk membuat bungkah berat bagi kita yang dah biasa kerja di bilik aircon....
Bungkah yang sudah dikukus menunggu untuk dimasukkan benih....
Banner baru dinaikkan sebagai iklan yang perusahaan cendawan sudah beroperasi.
Adik (Azian) bergambar dengan cendawan yang mula keluar dengan banyak....alhamdulillah..
Aktiviti Jan 2014
Cendawan ala paip dijumpai...haha...sayang nak makan...
Masa packing kat Pagoh Jaya
Puh...paip tanpa asap...
Cantik...nilah cendawan yang berkualiti...bulat..
Pet terbaru...anak ayam kampung
Miselium mula merebak..pemandangan biasa seminggu selepas proses penyuntikan
Mak mertua datang melawat,,,
Dah terlanjur datang, mak dan siti nak tolong bungkuskan cendawan
Naikan sign board peringatan di kawasan utama di pintu masuk kebun
Subscribe to:
Posts (Atom)