Friday 18 April 2014

penggunaan cctv

Penggunaan cctv sebenarnya banyak membantu dalam pemantauan pekerja-pekerja baru bagi memastikan arahan kerja dipatuhi tanpa ada 'shortcut'. Contoh seperti di bawa, pekerja sedang memasukkan benih cendawan yang mana faktor kebersihan adalah penting bagi mengelakkan jangkitan penyakit.



Saturday 12 April 2014

Kompleks Bimbingan Usahawan Tani (PBU) Pagoh, Muar

Berbincang dengan En Mahadi  daripada Jabatan Pertanian berkenaan dengan procedure penyediaan benih cendawan yang bermutu. Menarik sekali perbincangan termasuklah penanaman cendawan sekali. Hampir 3 jam di sana. Pelajaran pertama adalah untuk mengenali peralatan-peralatan asas untuk penyediaan benih cendawan.
Mesin Autoklaf - untuk pembasmian kuman bagi peralatan2 penyediaan media.


Inkubator - alat yang digunakan untuk mengawal suhu ketika menggalakkan pertumbuhan mesilia di dalam piring petri


Laminar Flow Chamber - untuk dijadikan tempat kerja-kerja penyediaan media yang basmi kuman.


Penyediaan Air Suling - air yang dihasilkan digunakan untuk penyediaan media, tiada kuman.



Contoh benih yang sudah sedia digunakan.


Kukus kapasiti sederhana


Bangsal cendawan di belakang kompleks


Inilah En Mahadi, candic camera...

Sunday 16 March 2014

Proses Pemasaran cendawan

Setakat kini, pasaran tak ada masalah. Maka janganlah bimbang. Pemintaan melebihi pengeluaran sekarang....

Proses Pembungkusan Cendawan

Pembungkusan bergantung kepada pelanggan. Ada yang nak dalam plastik, ada yang nak dalam polistren dan ada yang nak dalam plastik besar biasa sahaja. Bagi CPE Niaga, >80% cendawan kami dihantar kepada pemborong. Selebihnya dihantar di sekitar bandar Pagoh dan bandar Muar.

 Untuk diedarkan di pasaraya sekitar.

 Pembungkusan secara manual. Kaedah pembungkusan akan perlu diperbaiki lagi.

 Lagi satu cara pembungkusan.



Ada pelanggan cuma nak dalam beg plastik biasa sahaja. Ini memudahan proses penghantaran.


Proses Tuaian cendawan

Selepas  benih matang (45-60 hari), sekarang masanya untuk menuai. Ada berapa langkah yang perlu diambil sebelum menuai pada kali pertama yang akan dikongsikan semasa kursus tanaman cendawan kelak.

 Kebiasaanya selepas memetik, cendawan diletakkan ke dalam bakul yang disediakan.

 CFO CPE Niaga

 CEO CPE Niaga, kalau nak "Ini Kali lah..." (tak ada kaitan di antara yg hidup dengan yg mati ;-) )

 Pandangan cendawan dari bawah ke atas...jelas nampak insang cendawan..

 "Dah boleh petik ni..."

 Kalau cuti sekolah, anak2 turut membantu...



Proses Mengenalpasti Abnormaliti bungkah cendawan

Pemeriksaan mesti dilakukan setiap hari bagi memastikan tidak ada bungkah yang rosak dan terkena penyakit. Jika terjumpa, bungkah mestilah diasingkan samada untuk dirawat atau dimusnahkan.

Ini salah satu penyakit yang biasa dihadapi oleh bungkah cendawan, kulat oren namanya. Cara yang terbaik masukkan ke dalam plastik hitam dengan hati-hati agar spora oren tidak beterbangan dan merebak ke bungkah bersebelahan. Kalau nak lebih hati-hati, ambil kain basah dan tutupi bungkah sebelum mengangkat dan dimasukkan ke dalam plastik hitam untuk pelupusan. Spora akan melekat ke atas permukaan kain yg lembab dengan mudah.

Kulat hitam adalah salah satu penyakit cedawan. Jangan tunggu lama-lama, musnahkan dengan segera.

Kulat hijau. Ini satu lagi penyakit yang biasa dihadapi oleh penanam cendawan. Musnahkan!

Proses Mengawal Suhu dan Kelembapan Bangsal sebelum tuaian

Untuk memastikan suhu dan kelembapan pada tahap optimum, beberapa aktiviti pantauan perlu dilakukan bagi memastikan ia dapat dikekalkan. Suhu mestilah di antara 25-30 darjah celsius dan kelembapan di antara 80-85%. Oleh itu jangkasuhu dan alat ukur kelembapan diperlukan.


In progress

Proses Pengeraman Benih Cendawan

Selepas selesai proses suntikan benih, bungkah cendawan mestilah dipindahkan ke bangsal untuk proses pengeraman atau proses untuk menggalakan pertumbuhan mesilium. (bewarna putih)

 Bungkah cendawan yang sudah disusun di atas rak bangsal. Dapat dilihat mesilium mula merebak.

Mesilium sudah hampir penuh.

Pandangan bungkah cendawan yang sudah hampir matang.



Proses Penyuntikan Benih Cendawan

Selepas proses pengukusan selesai dan suhu bungkah sudah turun sehingga suhu bilik, proses penyuntikan akan dimulakan.
 Gambar di atas menunjukkan benih-benih cendawan yang sudah sedia untuk digunakan.
 
 Kebersihan adalah menjadi kemestian semasa proses suntikan cendawan untuk mengelakkan jangkitan penyakit. Pakaian tertentu digunakan untuk proses ini.

 Proses suntikan atau memasukkan benih dilakukan dengan hati-hati. agar tidak ada jangkitan bakteria atau serangga.

 Benih cendawan yang masih belum dihancurkan ke bentuk lebih kecil.

Proses Pengukusan Bungkah Cendawan

Alat pengukus bungkah cendawan. Konsep sama macam kita kukus kuih pau. Masukkan air dan didihkan.
Kukus yang kosong belum diisi.

Boleh isi maksimum 960 bungkah cendawan.


Suhu kena pastikan mencecah 100 darjah celsius selama 8 jam



Proses Bangging (bungkusan) bungkah cendawan

Proses membuat bungkah bermula dengan campuran 3 komponen utama. HABUK PAPAN + DEDAK PADI + KAPUR PERTANIAN dengan nisbah 100:10:1.

 Habuk papan selalunya dari pokok kayu getah.

Setelah campuran dibuat, ia perlu diadun supaya rata. Ada 2 cara samada secara manual atau secara menggunakan mesin mixer seperti gambar di atas.

Biasanya kapur dicampurkan setelah habuk papan dan dedak padi. Komponen terakhir adalah air. Campuran air agak subjektif kerana ia memerlukan deria rasa (kelembapan). Jumlah air yg digunakan tidak sama kerana ia bergantung dengan kelembapan habuk papan.

Kelembapan campuran perlu diperiksa.

Campuran media dikeluarkan dari mixer...



Aktiviti Minggu 11 (cw11)

 Pelupusan bungkah yang lama.
 Bungkah-bungkah baru yang masih menunggu untuk dikukus.
 Pekerja pembekal benih cendawan di Panchor sedang menyusun benih-benih untuk diambil oleh pengusaha cendawan
Kerja-kerja pembenihan cendawan sedang dilakukan oleh perkerja

Saturday 15 March 2014

Photo-photo sekitar Mac 2014

 Cuaca dengan panas melampau begitu menguji keimanan seseorang. Suhu purata >32deg and kelembapan <50% memberi kesan kepada mutu cendawan yang dihasilkan...penurunan suhu secara manual diperlukan...


Pagi2 dah kena bangun memetik cendawan. Kalau lambat cendawan akan oversize, tak sesuai untuk jual di pasar

Pam Air elektrik dah uzur, lebih dari 10 tahun. Bulan lepas capasitor blow....
 Pekerja yang membantu membuat bungkah cendawan. Dari kiri, Rozee, tengah , suami Rozee dan kanan, si Bedah. White board adalah rekod bilangan bungkah yang dibuat setiap hari.