CPE Niaga adalah Syarikat Bumiputra Muslim yang mengusahakan penanaman cendawan tiram kelabu yang beroperasi di Kg Muda Jaya, Pagoh, Johor. Perusahaan ini sudah bermula sejak 2006 oleh Haji Mohamad Arip bin Yahya secara berskala kecil dan kemudian dimbil alih oleh anak-anak beliau, Azarudin & Azian Mohamad Arip semenjak Julai 2013. Pada Nov2013, CPE Niaga didaftarkan secara rasmi. Semoga usaha ini diberkati Allah.
Friday, 18 April 2014
Saturday, 12 April 2014
Kompleks Bimbingan Usahawan Tani (PBU) Pagoh, Muar
Berbincang dengan En Mahadi daripada Jabatan Pertanian berkenaan dengan procedure penyediaan benih cendawan yang bermutu. Menarik sekali perbincangan termasuklah penanaman cendawan sekali. Hampir 3 jam di sana. Pelajaran pertama adalah untuk mengenali peralatan-peralatan asas untuk penyediaan benih cendawan.
Mesin Autoklaf - untuk pembasmian kuman bagi peralatan2 penyediaan media.
Inkubator - alat yang digunakan untuk mengawal suhu ketika menggalakkan pertumbuhan mesilia di dalam piring petri
Laminar Flow Chamber - untuk dijadikan tempat kerja-kerja penyediaan media yang basmi kuman.
Penyediaan Air Suling - air yang dihasilkan digunakan untuk penyediaan media, tiada kuman.
Laminar Flow Chamber - untuk dijadikan tempat kerja-kerja penyediaan media yang basmi kuman.
Penyediaan Air Suling - air yang dihasilkan digunakan untuk penyediaan media, tiada kuman.
Contoh benih yang sudah sedia digunakan.
Kukus kapasiti sederhana
Bangsal cendawan di belakang kompleks
Inilah En Mahadi, candic camera...
Friday, 11 April 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)